Pages

Tuesday 24 May 2011

CAN A SPIDER GET CAUGHT IN THE WEB OF ANOTHER SPIDER?


Yes, spiders get caught in the webs of other spiders frequently. And it isn't usually a pleasant experience for them. 

Theoretically, they might well be able to navigate another spider's web skilfully, but they are rarely given the choice. Spiders attack other spiders and if anything, spiders from the same species are more likely to attack each other than spiders of other species.

Most commonly, a spider will grasp and bite its intended victim and inject venom. Karen Yoder of the Entomological Society of America explain, "Paralysis from the bite causes them to be unable to defend themselves and eventually they succumb to or become a meal!"
The main enemies of spiders are spiders themselves. But not all spiders attack their own. There are about 20 species of social spiders that live together peacefully in colonies.

Reader's Digest: Imponderables
Photos: Google Images

Sunday 22 May 2011

KISAH SEORANG 'ABANG' KECIL

Assamualaikum wr wb.
Apa kabar adik-adik? Semoga adik-adik semua berada di dalam keadaaan sihat wal afiat dan gembira selalu di samping keluarga tercinta. Hari ini, Semut Kecil ingin berkongsi cerita tentang kasih sayang seorang abang kecil terhadap adik-adiknya. Mari kita baca ceritanya.
Di sebutkan kisah di suatu kampung di Tianjin, iaitu di negara China, tinggal seorang budak lelaki berusia 6 tahun. Dia tiada ayah, tiada ibu, tapi dia mempunyai 2 orang adik kecil yang berusia 3 dan 4 tahun. Mereka juga tidak mempunyai saudara mara, tetapi mereka masih beruntung kerana mempunyai jiran tetangga yang suka tolong menolong di antara satu sama lain. Hidup penduduk kampung itu sangat miskin. Mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kesempitan hidup, menyebabkan penduduk kampung tidak mampu untuk membantu memberi makanan kepada 3 orang kanak-kanak itu. Bukan kerana mereka kedekut, tetapi untuk makan minum anak mereka sendiri pun tidak mencukupi. Apa yang mampu mereka bantu, hanyalah mendirikan sebuah pondok kecil sebagai tempat berteduh dari panas dan hujan buat tiga orang kanak-kanak tersebut.

Maka untuk mencari duit buat membeli makanan, terpaksalah si abang yang berusia 6 tahun itu keluar bekerja. Pagi-pagi lagi dia telah keluar berjalan menuju ke pasar. Kedua-dua adiknya di tinggalkan kepada jiran tetangga untuk di jaga. Di pasar, si abang menawarkan khidmat mengangkat barang kepada pelanggan. Biasanya orang ke pasar akan membeli banyak barang, sehingga tidak cukup-cukup tangan mereka membawanya. 
Ketika itulah khidmat si abang di perlukan. Si abang umpama pengganti troli (kalau kita berbelanja di 'supermarket' seperti di Giant, Jusco dan sebagainya kita memerlukan troli untuk mengisi barang-barang yang banyak tetapi kalau di pasar tiada troli di sediakan). Maka mengerekotlah tubuh kecil si abang mengangkat barang-barang yang berat.

Setelah habis berbelanja biasanya pelanggan di pasar akan membayar upah di atas khidmat dan penat lelah si abang menggangkat barang-barang mereka. Setiap kali menerima upah tersebut si abang akan mengucapkan terima kasih dan dengan gembiranya menyimpan duit upah tersebut di dalam saku baju nya. Apabila lapar, si abang akan pergi ke tong sampah, mengais-ngais mencari sisa-sisa makanan yang masih boleh di makan untuk mengalas perutnya. Untuk menghilangkan dahaganya pula si abang akan meminum air paip sahaja. Perbuatan si abang ini di perhatikan oleh seorang lelaki tua penarik beca yang berusia 74 tahun, bernama Bai Fang Li. Bai Fang Li hairan, mengapa si abang tidak menggunakan wang upah yang di terima untuk membeli makanan buat mengisi perut yang lapar sebaliknya setiap kali dia lapar, dia akan mencari makanan di dalam tong sampah. Lalu Bai Fang Li pun bertanya kepada si abang. "Wahai budak kecil, dari tadi atok memerhatikan kamu. Kamu mendapat upah yang cukup untuk membeli makanan tetapi setiap kali kamu lapar, kamu mencari makanan di dalam tong sampah. Mengapa kamu tidak menggunakan wang upah itu untuk membeli makanan?" 
"Wang upah yang saya dapat ini harus saya simpan untuk membeli roti dan susu buat dua orang adik saya yang masih kecil, atok. Kalau saya beli makanan untuk saya bagaimana mungkin wang ini cukup untuk membeli makanan buat kedua adik saya."

Sedihnya hati Bai Fang Li mendengar pengorbanan si abang. "Kasihannya anak kecil ini, baru berusia 6 tahun, tapi telah pandai berfikir, bekerja menggunakan kudrat nya dan mengorbankan kepentingan diri sendiri demi adik-adik yang disayangi. Aku harus membantu anak-anak ini. Wang yang aku dapat kerana bekerja mengayuh beca ini akan aku sumbangkan kepada anak yatim manakala untuk diri sendiri aku akan berjimat cermat." Begitu azam Bai Fang Li. Maka Bai Fang Li pun memberi si abang duit untuk membeli makanan dan menghantarnya pulang. Setelah pulang ke pondok kecil tempat tinggal tiga orang kanak-kanak itu, di usahakannya menghantar ketiga-tiga anak tersebut ke rumah anak yatim dan mulai dari saat itu sehingga usianya 91 tahun Bai Fang Li berusaha bekerja lebih keras mengayuh beca untuk mencari wang supaya boleh di sumbangkan kepada rumah anak yatim tersebut kerana terinspirasi atas pengorbanan yang di lakukan oleh si abang yang berusia 6 tahun itu. 

Adik-adik, 
Apa agaknya pelajaran yang dapat adik-adik petik dari kisah benar di atas? 
Seorang abang yang berusia 6 tahun sanggup bersusah payah, keluar bekerja, menggangkat benda berat demi mencari rezeki buat kedua adiknya. Begitu juga dengan lelaki tua yang bekerja sebagai penarik beca itu, sanggup bekerja keras semata-mata untuk memberi sumbangan wang kepada rumah anak yatim. Bagaimana dengan adik-adik? Pernahkah adik-adik membuat sesuatu kerja untuk memberikan sedekah kepada orang susah? Pernahkah adik-adik bersusah payah demi kebahagiaan ahli keluarga adik-adik? Pernahkah adik-adik berkorban, sanggup berlapar, berkongsi makanan atau mengalah memberikan apa yang adik-adik suka  untuk orang lain? 

Adik-adik, 
Marilah kita sama-sama berfikir betapa beruntungnya hidup kita. Betapa mewahnya makanan yang kita makan setiap hari. Tapi kita masih lagi selalu tidak bersyukur. Seharusnya kita selalu mensyukuri dengan apa yang kita ada, jangan suka mengeluh dan jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang dari kita. Sebaliknya lihatlah keliling kita betapa, masih ramai lagi orang yang hidup susah dan memerlukan bantuan kita.
********

Peribahasa: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang: Maksudnya hidup melarat/susah: sekadar cukup makan pada hari itu."

Wednesday 11 May 2011

CALON PENGHUNI SYURGA

Pada suatu ketika, Nabi Muhammad saw sedang duduk-duduk bersama beberapa orang sahabat. Tiba-tiba, Nabi berkata, "Sebentar lagi, salah seorang calon penghuni syurga akan melintas di sini." Para sahabat Nabi kemudian terdiam sambil saling memandang di antara satu sama lain. Mereka tertanya-tanya siapakah agaknya calon penghuni yang di sebutkan oleh Rasulullah. Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang berpenampilan sangat sederhana melintasi para sahabat Nabi.

Hari berikutnya Nabi Muhammad mengulang lagi perkataannya tentang seoerang penghuni syurga dan lelaki sederhana semalam muncul lagi.

Di hari ketiga, Nabi Muhammad masih lagi mengulangi perkataannya dan kejadian itu kembali terulang, lagi-lagi lelaki itu yang muncul.

Mendengar ucapan Nabi Muhammad, salah seorang sahabat bernama Abdullah bin Amr merasa ingin sekali mengenali lelaki yang di maksudkan oleh Nabi Muhammad itu untuk mengetahui apakah keistimewaan lelaki tersebut. Apakah amalan yang dilakukan lelaki itu sehingga dia boleh masuk ke syurga? 

Abdullah bin Amr menemui lelaki itu sambil bertanya, "Wahai sahabatku, bolehkah kamu izinkan aku duduk di rumah kamu selama tiga hari?"

"Silakan." Dengan senang hatinya lelaki itu menjemput Abdullah bin Amr sebagai tetamunya.

Sepanjang 3 hari Abdullah bin Amr tinggal di rumah lelaki itu, dia tidak melihat apa-apa keistimewaan lelaki tersebut. Ibadahnya biasa-biasa sahaja. Lalu apa sebabnya dia boleh menjadi penghuni syurga?

"Sudah tiga hari aku di sini, aku tidak melihat kamu mengerjakan ibadah yang luar biasa. Aku hairan, mengapa Nabi Muhammad menyebut kamu sebagai salah seorang calon penghuni syurga?" Abdullah bin Amr memberanikan diri bertanya kepada lelaki tersebut.

"Aku memang tidak melakukan apa-apa amalan yang istimewa, tetapi setiap hari sebelum tidur, aku berusaha memaafkan segala kesalahan seluruh manusia terhadap aku. Sama ada yang menghinaku, menyakiti hatiku atau apa juga kesalahan yang mereka lakukan kepadaku maka  aku akan memaafkannya. Aku memohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa mereka. Aku juga menghilangkan rasa dengki dan iri hatiku terhadap kurniaan yang Allah berikan kepada saudara seimanku." Lelaki itu menjawab dengan tenang.

Ya Adik-adik, agama Islam mengajar kita untuk tidak saling dengki dan sakit hati. Sebab dengki dan sakit hati itu hanya akan menyebabkan permusuhan. Disamping akan menghapus segala kebaikan-kebaikan kita.
Adik-adik, ternyata jika kita memaafkan kesalahan teman kita, Allah akan memberikan syurga kepada kita sebagai ganjaran.
Bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita, maka hati kita akan menjadi lebih lapang dan senang. Teman-teman juga akan suka berkawan dengan kita.
Orang yang dengki dan pendendam adalah kawan kepada syaitan dan tidak akan disukai oleh teman-teman yang lain.
Tentu kamu ingin mempunyai ramai teman dan disayang oleh semua orang bukan? Maka jadilah orang yang pemaaf maka Allah pun akan menyayangi kita.