Pages

Friday, 25 March 2011

WHY LEAVES ARE GREEN


In the animal world there are many different colours. There are orange and brown giraffes, white polar bears, blue beetles and red and yellow birds. But in the plant world, the leaves of nearly all plants are just one colour - green. Why?


The biggest difference between plants and animals is that animals eat other things for their food and plants don't. Plants are able to make their own food. Leaves have a wonderful substance inside them that makes food out of air and water, with the help of sunshine. This substance is called chlorophyll. And chlorophyll is green.


So a healthy leaf is green because it is filled with chlorophyll. Leaves which don't get enough light turn pale and yellowish because the chlorophyll can't work without sunlight.

(World Book Encyclopedia: Green Kingdom) 



Thursday, 24 March 2011

MENGAPA KETIKA MAKAN AIS KRIM KEPALA SAKIT MENDADAK?

Mmmm..sedapnya ais krim. Tentu ramai adik-adik yang suka makan ais krim. Tapi pernahkah ketika sedang menikmati ais krim, tiba-tiba adik-adik rasa sakit kepala secara mendadak yang membuatkan adik-adik terhenti makan ais krim seketika. Tahukah adik-adik mengapa terjadi begitu? 
???????????????
 Ketika makan atau minum, makanan atau cairan akan menyentuh 'langit-langit' di dalam mulut kita sebelum ditelan. Apabila sesuatu yang sangat dingin menyentuh langit-langit, suhu yang terlalu sejuk boleh mengganggu saraf tertentu yang berfungsi mengawal berapa banyak darah mengalir ke kepala. Jika saraf ini terganggu, ia akan merespon menyebabkan pembuluh darah ke kepala mengembang (vasodilation).

 Pengembangan pembuluh darah (vasodilation) yang terlalu cepat ini lah membuat kita rasa sakit kepala. Rasa sakit ini di sebut 'brain freeze'. Selain dari ais krim semua makanan dan minuman yang sangat sejuk seperti Air Batu Campur, 'Slurpee' atau jus yang terlalu dingin juga boleh menyebabkan pembuluh darah mengembang. Walau bagaimanapun, adik-adik tidak perlu risau kerana 'brain freeze' tidak berbahaya. Rasa sakit kepala itu hanya sementara sahaja iaitu dalam masa diantara 10 saat sehingga satu minit dan kemudian ia akan hilang dengan sendirinya.


Tips mengatasinya:
1. Elakkan makan ais krim dengan 'terburu-buru'. Makanlah dengan perlahan-lahan.

2. Jangan menggigit ais krim sebesar-besar dan sebanyak-banyaknya (don't take big bites) tapi makanlah sedikit demi sedikit (macam makhluk hijau yang dengan tenang menjilat ais krim jingga di sebelah ini ;))
3. Untuk melegakan 'brain freeze', hangatkan langit-langit secepat mungkin dengan menekankan lidah ke atas langit-langit. 

Apa-apa pun adik-adik...jangan lupa membaca Bismillahirrahmanirrahim terlebih dahulu. Ok!
Jumpa lagi...

BE LIKE THE BEE

Di pagi yang cerah, di antara rendangnya pepohonan, kelihatan seekor burung helang sedang bermalas-malasan berehat di dahan sebatang pokok. Selama beberapa hari burung helang berulang kali hinggap di dahan pokok yang sama kerana tertarik memerhatikan kegiatan sekumpulan lebah yang sibuk bekerja bersama-sama membuat sarang yang berjuntai di dahan sebatang pokok.

Kelihatan seekor lebah terbang hinggap di antara bunga-bunga hutan yang mekar, menghisap madu, dan terbang lagi ke dahan memberikan madu ke sarangnya dan begitu seterusnya. Burung helang dengan tidak sabar menegur lebah tersebut yang terbang berhampirannya, “Hai lebah kecil, kamu sibuk terbang dari bunga ke sarangmu berulang-ulang kali.  Apa yang sedang kamu buat?”
Lebah pun menjawab: “Aku dan kawan-kawan sedang membuat sarang.”
“Untuk apa kamu semua membuat sarang sebesar itu? Umur lebah kan sangat pendek. Sudahlah…, tidak perlu susah-susah bekerja! Santai-santai saja dan nikmati kehidupan kamu yang singkat itu.”Demikian burung helang menasihati si lebah.
“Umurku memang tidak sepanjang umurmu, burung helang. Tapi justeru kerana pendeknya waktu yang aku ada, aku tidak boleh mensia-siakan nya. Aku harus bekerja kuat dan lebih rajin agar sarang kami dapat disiapkan sesingkat umur kami,” jawab lebah.
“Untuk apa sarang kamu harus disiapkan cepat-cepat kalau kamu memang akan mati dengan segera? Buat penat sahaja, tapi kamu tidak dapat menikmati sarang yang telah dibuat dengan susah payah.”
Lebah menghasilkan madu yang banyak kasiat untuk dinikmati manusia.

“Hahaha, tuan helang yang gagah dan berumur panjang, kasihan sekali cara kamu berfikir. Kerana umur kami yang singkat inilah maka, harus kami hargai dengan sungguh-sungguh. Kami memang makhluk kecil dan berumur pendek tetapi kami bangga dan bahagia kerana dapat memberi manfaat kepada makhluk lain iaitu dengan memberikan semua hasil kerja keras yang telah dilakukan seumur hidup kami. Itulah erti kewujudan kami di dunia ini,” jawab sang lebah kecil sambil terbang berlalu.
Mendengar ucapan lebah kecil itu, burung helang terdiam. Ia tidak mampu berkata-kata lagi dan bersombong diri. Ternyata di balik penampilan makhluk yang kecil dan berumur pendek, kehidupan mereka pun memiliki erti tersendiri.
*******
Adik-adik yang baik,
Be like the bee. Jadilah seperti lebah kerana Nabi yang kita kasihi, Rasulullah saw juga telah berpesan agar kita meniru sifat-sifat positif yang yang dimiliki oleh lebah. Lebah binatang yang kecil, tapi bekerja keras  dan tekun, hidupnya bermanfaat kepada manusia, memberikan madu yang manis, sedap dan berkhasiat walaupun hayatnya di muka bumi ini hanya sebentar. 

Adik-adik yang di rahmati Allah,
Jika di setiap detik waktu yang kita ada, kita dedikasikan untuk berbuat perkara yang baik, suka membantu dan memberi, serta bertanggung jawab atas hidup kita sendiri, apatah lagi bermanfaat bagi orang lain, nescaya setiap hari yang kita jalani akan penuh ceria dan gembira. Jadi...Tunggu apa lagi? Jom kita NIKMATI HIDUP ini dengan berlumba-lumba membuat kebaikan. JOM!

??????JOM FIKIR-FIKIR ??????

1. Apakah nama surah di dalam Al Quran yang bercerita tentang lebah?
2. Tahukah adik-adik berapa lamakah jangka hayat seekor helang?
3. Berapa pula jangka hayat seekor lebah?
4. "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain." Apakah sebutan hadis di atas di dalam bahasa Arab (Matan)?
5. Berikan contoh manfaat/berbuat kebaikan kepada orang lain?




Tuesday, 22 March 2011

ANGGOTA TUBUH KITA MILIK ALLAH

Pada suatu hari, seorang pencuri telah masuk ke kebun buah-buahan untuk mencuri buah di kebun tersebut. Dia memanjat salah satu pokok buah yang ada di dalam kebun itu dan duduk bertenggek di atas pokok sambil memakan buah-buahan yang masak ranum dengan lahapnya.

Sedang dia menikmati keenakan buah yang manis itu, tiba-tiba datanglah pemilik kebun. "Hei kamu...! Apa yang kamu buat di atas pokok tu, hah? Mencuri buah ya?" Sergah si pemilik kebun dengan marahnya.
Namun dengan tenang dan selambanya, si pencuri menjawab; "Tangan ini adalah tangan milik Allah, Pokok inipun pokok kepunyaan Allah, dan saya adalah hamba Allah yang sedang memakan buah kepunyaan Allah".
Mendengar jawaban itu, pemilik kebun menjadi bertambah marah. Di tariknya kaki si Pencuri hingga jatuh tersungkur dan kemudian menyeretnya sambil memukul kaki si pencuri dengan tongkat.
Si pencuri menjerit kesakitan dan berkata: "Kenapa kamu memukulku?"
Pemilik kebun menjawab : "Ini adalah tangan Allah, dan tongkat ini adalah tongkat Allah! Aku adalah hamba Allah yang sedang memukul kaki hamba Allah yang telah mencuri buah milik Allah!"
************
Adik-adik, 
Allah Swt telah mengurniakan kita nikmat yang sangat besar, iaitu anggota tubuh yang sempurna, baik tangan, kaki, mata, hidung, telinga dan anggota tubuh lainnya. Semua itu sangat lengkap dan indah, sehingga kita dapat melakukan apa saja yang kita kehendaki.
Akan tetapi, adik-adik harus ingat! Bahwa semua itu tidak boleh digunakan untuk sesuatu yang dilarang Allah.
Contohnya:
Mulut digunakan untuk mengatakan keburukan orang lain,
Telinga digunakan untuk mendengarkan umpatan orang,
Mata digunakan untuk melihat sesuatu yang tidak baik, 
dan Tangan digunakan untuk mengambil barang yang bukan milik kita.

Adik-adik, 
Kita harus ingat bahwa semua yang kita miliki ini, akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Swt di padang mahsyar nanti. Maka, pergunakan ia dengan sebaik-baiknya dengan melakukan hanya perkara yang di redhai Allah.

(Kisah dari Situs Media Anak Milenium)


?????JOM FIKIR?????

1. Fikirkan bagaimanakah seharusnya kita mengunakan anggota badan kita untuk kebaikan.
2. Apa itu Padang Mahsyar?