Assamualaikum wr wb.
Apa kabar adik-adik? Semoga adik-adik semua berada di dalam keadaaan sihat wal afiat dan gembira selalu di samping keluarga tercinta. Hari ini, Semut Kecil ingin berkongsi cerita tentang kasih sayang seorang abang kecil terhadap adik-adiknya. Mari kita baca ceritanya.
Di sebutkan kisah di suatu kampung di Tianjin, iaitu di negara China, tinggal seorang budak lelaki berusia 6 tahun. Dia tiada ayah, tiada ibu, tapi dia mempunyai 2 orang adik kecil yang berusia 3 dan 4 tahun. Mereka juga tidak mempunyai saudara mara, tetapi mereka masih beruntung kerana mempunyai jiran tetangga yang suka tolong menolong di antara satu sama lain. Hidup penduduk kampung itu sangat miskin. Mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kesempitan hidup, menyebabkan penduduk kampung tidak mampu untuk membantu memberi makanan kepada 3 orang kanak-kanak itu. Bukan kerana mereka kedekut, tetapi untuk makan minum anak mereka sendiri pun tidak mencukupi. Apa yang mampu mereka bantu, hanyalah mendirikan sebuah pondok kecil sebagai tempat berteduh dari panas dan hujan buat tiga orang kanak-kanak tersebut.
Maka untuk mencari duit buat membeli makanan, terpaksalah si abang yang berusia 6 tahun itu keluar bekerja. Pagi-pagi lagi dia telah keluar berjalan menuju ke pasar. Kedua-dua adiknya di tinggalkan kepada jiran tetangga untuk di jaga. Di pasar, si abang menawarkan khidmat mengangkat barang kepada pelanggan. Biasanya orang ke pasar akan membeli banyak barang, sehingga tidak cukup-cukup tangan mereka membawanya.
Ketika itulah khidmat si abang di perlukan. Si abang umpama pengganti troli (kalau kita berbelanja di 'supermarket' seperti di Giant, Jusco dan sebagainya kita memerlukan troli untuk mengisi barang-barang yang banyak tetapi kalau di pasar tiada troli di sediakan). Maka mengerekotlah tubuh kecil si abang mengangkat barang-barang yang berat.
Ketika itulah khidmat si abang di perlukan. Si abang umpama pengganti troli (kalau kita berbelanja di 'supermarket' seperti di Giant, Jusco dan sebagainya kita memerlukan troli untuk mengisi barang-barang yang banyak tetapi kalau di pasar tiada troli di sediakan). Maka mengerekotlah tubuh kecil si abang mengangkat barang-barang yang berat.
Setelah habis berbelanja biasanya pelanggan di pasar akan membayar upah di atas khidmat dan penat lelah si abang menggangkat barang-barang mereka. Setiap kali menerima upah tersebut si abang akan mengucapkan terima kasih dan dengan gembiranya menyimpan duit upah tersebut di dalam saku baju nya. Apabila lapar, si abang akan pergi ke tong sampah, mengais-ngais mencari sisa-sisa makanan yang masih boleh di makan untuk mengalas perutnya. Untuk menghilangkan dahaganya pula si abang akan meminum air paip sahaja. Perbuatan si abang ini di perhatikan oleh seorang lelaki tua penarik beca yang berusia 74 tahun, bernama Bai Fang Li. Bai Fang Li hairan, mengapa si abang tidak menggunakan wang upah yang di terima untuk membeli makanan buat mengisi perut yang lapar sebaliknya setiap kali dia lapar, dia akan mencari makanan di dalam tong sampah. Lalu Bai Fang Li pun bertanya kepada si abang. "Wahai budak kecil, dari tadi atok memerhatikan kamu. Kamu mendapat upah yang cukup untuk membeli makanan tetapi setiap kali kamu lapar, kamu mencari makanan di dalam tong sampah. Mengapa kamu tidak menggunakan wang upah itu untuk membeli makanan?"
"Wang upah yang saya dapat ini harus saya simpan untuk membeli roti dan susu buat dua orang adik saya yang masih kecil, atok. Kalau saya beli makanan untuk saya bagaimana mungkin wang ini cukup untuk membeli makanan buat kedua adik saya."
Sedihnya hati Bai Fang Li mendengar pengorbanan si abang. "Kasihannya anak kecil ini, baru berusia 6 tahun, tapi telah pandai berfikir, bekerja menggunakan kudrat nya dan mengorbankan kepentingan diri sendiri demi adik-adik yang disayangi. Aku harus membantu anak-anak ini. Wang yang aku dapat kerana bekerja mengayuh beca ini akan aku sumbangkan kepada anak yatim manakala untuk diri sendiri aku akan berjimat cermat." Begitu azam Bai Fang Li. Maka Bai Fang Li pun memberi si abang duit untuk membeli makanan dan menghantarnya pulang. Setelah pulang ke pondok kecil tempat tinggal tiga orang kanak-kanak itu, di usahakannya menghantar ketiga-tiga anak tersebut ke rumah anak yatim dan mulai dari saat itu sehingga usianya 91 tahun Bai Fang Li berusaha bekerja lebih keras mengayuh beca untuk mencari wang supaya boleh di sumbangkan kepada rumah anak yatim tersebut kerana terinspirasi atas pengorbanan yang di lakukan oleh si abang yang berusia 6 tahun itu.
Adik-adik,
Apa agaknya pelajaran yang dapat adik-adik petik dari kisah benar di atas?
Seorang abang yang berusia 6 tahun sanggup bersusah payah, keluar bekerja, menggangkat benda berat demi mencari rezeki buat kedua adiknya. Begitu juga dengan lelaki tua yang bekerja sebagai penarik beca itu, sanggup bekerja keras semata-mata untuk memberi sumbangan wang kepada rumah anak yatim. Bagaimana dengan adik-adik? Pernahkah adik-adik membuat sesuatu kerja untuk memberikan sedekah kepada orang susah? Pernahkah adik-adik bersusah payah demi kebahagiaan ahli keluarga adik-adik? Pernahkah adik-adik berkorban, sanggup berlapar, berkongsi makanan atau mengalah memberikan apa yang adik-adik suka untuk orang lain?
Adik-adik,
Marilah kita sama-sama berfikir betapa beruntungnya hidup kita. Betapa mewahnya makanan yang kita makan setiap hari. Tapi kita masih lagi selalu tidak bersyukur. Seharusnya kita selalu mensyukuri dengan apa yang kita ada, jangan suka mengeluh dan jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang dari kita. Sebaliknya lihatlah keliling kita betapa, masih ramai lagi orang yang hidup susah dan memerlukan bantuan kita.
********
Peribahasa: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang: Maksudnya hidup melarat/susah: sekadar cukup makan pada hari itu."
No comments:
Post a Comment