Pages

Wednesday, 8 June 2011

KECIL-KECIL JADI KAWAN SUDAH BESAR JADI LAWAN

Assalamualaikum adik-adik.
Cuba adik-adik lihat gambar di atas itu. Gambar apa agaknya ya? Ohh.. pandainya adik-adik. Betul, itu adalah gambar 'emoticon' api (siap kenyit-kenyit mata lagi) Comel kan? Api banyak manfaatnya kepada kehidupan kita sehari-hari tetapi api juga boleh mengundang bahaya. Api yang kecil dengan penggunaan yang betul memang tidak merbahaya malah bermanfaat kepada manusia. Contohnya kita memerlukan api untuk memasak. Tetapi penggunaan api yang kecil boleh merebak menjadi besar jika kita tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan cara yang selamat. Apabila api telah merebak besar dan tidak terkawal, ia boleh menjadi punca terjadinya kebakaran yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan juga kehilangan nyawa. 
KECIL-KECIL JADI KAWAN SUDAH BESAR JADI LAWAN adalah pribahasa yang sangat sesuai menggambarkan tentang bahaya nya api apabila ia telah menjadi besar.
Sebelum api menjadi lawan kita, sebaiknya adik-adik mengetahui bagaimana cara-cara mencegah dari terjadinya kebakaran.
- Jangan bermain dengan mancis atau pemetik api.
- Jangan nyalakan api dapur jika adik-adik tidak tahu bagaimana untuk menggunakan dapur dengan selamat.
- Jangan biarkan lilin menyala ketika hendak tidur.
- Sekiranya adik-adik tidak tahu bagaimana menggunakan sesuatu peralatan elektrik, pastikan palam peralatan elektrik di tanggalkan daripada soket.
- Jika adik-adik ternampak akan kebakaran di rumah jiran maka segeralah beritahu kejadian itu kepada mana-mana orang dewasa yang berdekatan supaya dia dapat menelefon pasukan bomba dengan segera.

Bagaimana pula cara menyelamatkan diri dari kebakaran?
- Jika kebakaran berlaku di rumah, jangan panik. Bertenanglah dan keluar dengan segera.
- Jika ada asap di rumah, cepat-cepat merangkak dan terus keluar dari rumah. Semasa kebakaran, tempat yang paling selamat untuk menarik nafas ialah di lantai di mana terdapat udara lebih sejuk dan bersih, jadi ingat, merangkak keluar dengan segera di dalam asap.
- Pastikan pintu-pintu tidak panas sebelum membukanya. Gunakan belakang tangan untuk memastikan samada pintu panas atau tidak, kemudian merangkak keluar. Jika boleh, tutup semua pintu sesudah keluar. Jika pintu panas, gunakan jalan keluar lain.
- Jika pakaian di badan terbakar, berhenti, rebahkan badan dan bergolek untuk memadam api.
- Jangan masuk semula ke rumah setelah berada di luar walau apa pun terjadi. Jika adik tahu nombor telefon bomba, telefon bomba dari rumah jiran, telefon awam atau telefon bimbit dan tunggu sehingga mereka tiba. 

Adik-adik,
Dalam kehidupan kita, pastilah kita tidak mahu terjadinya perkara-perkara yang tidak di ingini contohnya kebakaran dan sebagainya. Malang tidak berbau. Oleh itu, kita harus sentiasa berhati-hati dan berdoa meminta agar Allah memelihara kita dan ahli keluarga kita dari segala bahaya. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemelihara, Al Muhaimin.


6 comments:

  1. alhamdulillah...
    hebat article tu...
    boleh jaga keselamatan sekali...
    saya wakil remaja ikram perlis..
    nak minta upload video program yang telah dilakukan baru2 ini..
    iaitu TAMU 8...

    ReplyDelete
  2. Jzkk kepada 'abg teens Abdul_Az'.

    Insyallah boleh tapi harap dapat berikan serba sedikit ttg info TAMNU 8. Seperti matlamat prog tersebut, siapa peserta dan pengendalinya dsb. (Ehem..Abdul_Az one of the fasi ke?) Semut kecil suka melihat hubungan ukhuwah dan kerjasama yg terjalin di antara Teens dan Geng Junior dlm program Tamu 8 itu, nampak ngam ;).

    ReplyDelete
  3. nanti saya akan minta maklumat tu dekat pengarah program(my mom)
    dia akan berikan maklumat selanjut nanti...
    tp..mcm mana nak upload video TAMU 8 anjuran IKRAM PERLIS dan TUNAS TAQWA PERLIS tu?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Saya Makcik Mahanum Mohd Yusof dari Perlis, pengerusi Jawatankuasa Aulad (dahulunya JIM Perlis). Aulad di sini beraktiviti melalui Tunas Taqwa Perlis dan mottonya cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat. Kami bermula sejak 2002 dan aktivitinya pelbagai dari pertemuan mingguan hinggalah kem tahunan yang di namakan TAMU (Tamrin dan Muqayyam) Tunas Taqwa. Pada 31 Mei hingga 1 Jun yang lalu ini kami telah mengadakan TAMU yang ke 8 bertemakan 'Under the Shade of AlQuran' Acara tahunan kali ini melibatkan 102 peserta lelaki dan perempuan (beumur antara 8 hingga 12 tahun) di kalangan masyarakat umum dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak hinggalah beberapa orang peserta dari KL dan Selangor.Kami telah melibatkan hampir 20 orang fasi dari kalangan pelajar IPT sebagai fasilitator dan petugas.
    Kami ingin 'share' dan TAMU ini dengan semut lain dari kawasan lain.
    Saya juga adalah pengarah Tamu 8 dan Abdul-az adalah seorang ajk dan petugas.

    ReplyDelete
  5. Kami juga mempunyai group dalam facebook..
    'Tunas Taqwa Perlis'
    TAMU 8 tahun ini bertemakan
    'Under The Shade Of Al-Quran'
    bermatlamat supaya anak2 dapat memahami isi kandungan Al-Quran dan beristiqamah membacanya.dsb..
    ini edisi Tamu 8..
    http://www.box.net/shared/v7zpu8vjx6

    ReplyDelete