Mmmm..sedapnya ais krim. Tentu ramai adik-adik yang suka makan ais krim. Tapi pernahkah ketika sedang menikmati ais krim, tiba-tiba adik-adik rasa sakit kepala secara mendadak yang membuatkan adik-adik terhenti makan ais krim seketika. Tahukah adik-adik mengapa terjadi begitu?
???????????????
Pengembangan pembuluh darah (vasodilation) yang terlalu cepat ini lah membuat kita rasa sakit kepala. Rasa sakit ini di sebut 'brain freeze'. Selain dari ais krim semua makanan dan minuman yang sangat sejuk seperti Air Batu Campur, 'Slurpee' atau jus yang terlalu dingin juga boleh menyebabkan pembuluh darah mengembang. Walau bagaimanapun, adik-adik tidak perlu risau kerana 'brain freeze' tidak berbahaya. Rasa sakit kepala itu hanya sementara sahaja iaitu dalam masa diantara 10 saat sehingga satu minit dan kemudian ia akan hilang dengan sendirinya.
Tips mengatasinya:
2. Jangan menggigit ais krim sebesar-besar dan sebanyak-banyaknya (don't take big bites) tapi makanlah sedikit demi sedikit (macam makhluk hijau yang dengan tenang menjilat ais krim jingga di sebelah ini ;))
3. Untuk melegakan 'brain freeze', hangatkan langit-langit secepat mungkin dengan menekankan lidah ke atas langit-langit.
3. Untuk melegakan 'brain freeze', hangatkan langit-langit secepat mungkin dengan menekankan lidah ke atas langit-langit.
Apa-apa pun adik-adik...jangan lupa membaca Bismillahirrahmanirrahim terlebih dahulu. Ok!
Jumpa lagi...
Terima kasih kerana sudi mengomen diblog makcik
ReplyDeletemakcik suka makan ice cream, tak sakit kepala, cuma tak tahan gigi.ais batu campur lagi takut nak makan.