Pages

Thursday, 16 June 2011

JOM LAYAN TAMU 8

Assalamualaikum wr wb adik-adik.
Salam Jumaat penuh berkat.
 Hidup sentiasa penuh semangat.
Giat Bermanfaat, Generasi Hebat,
Agar bahagia dunia akhirat.
*******
Adik-adik,
Pada cuti sekolah yang baru berlalu, kawan-kawan dari Ikram Junior Perlis telah mengikuti suatu program yang di namakan TAMU 8. Hmm..TAMU? Program apa tu? Ha...Kalau adik-adik nak tahu, jom kita tengok video di bawah ini.
Wah..Seronoknya mereka. Bermacam-macam aktiviti yang mereka lakukan. Ada  pergerakan istimewa bersama lagu tema Demi Matahari. Ada permainan telur dinosur dan 'O bay Som' masa aktiviti taaruf atau perkenalan (Ice Breaking). Ada permainan Explore Kalam. Ahhh...Geng Semut Kecil suka tengok mereka ketika aktiviti Chicken Dance. Lucu dan sungguh menghiburkan. Secara keseluruhan program TAMU 8 ini bukan sekadar untuk seronok-seronok sahaja tanpa ada manfaatnya. Tetapi program TAMU 8 yang bertemakan kan "UNDER THE SHADE OF AL QURAN ini bermatlamat agar adik-adik yang mengikuti program ini, dapat memahami isi Al Quran dan ber istiqamah membacanya setiap hari. Adik-adik boleh melihat berbagai lagi aktiviti menarik di program TAMU 8 ini di sini juga: (Klik sini)
Ok adik-adik, sampai di sini dulu...kita jumpa lagi di lain kali, Insyallah. 
Ma'a salama, Byebye, Tata, pOyittu varEn, Zai Jian, Sayonara, Annyonghi Kaseyo.  

Wednesday, 8 June 2011

KECIL-KECIL JADI KAWAN SUDAH BESAR JADI LAWAN

Assalamualaikum adik-adik.
Cuba adik-adik lihat gambar di atas itu. Gambar apa agaknya ya? Ohh.. pandainya adik-adik. Betul, itu adalah gambar 'emoticon' api (siap kenyit-kenyit mata lagi) Comel kan? Api banyak manfaatnya kepada kehidupan kita sehari-hari tetapi api juga boleh mengundang bahaya. Api yang kecil dengan penggunaan yang betul memang tidak merbahaya malah bermanfaat kepada manusia. Contohnya kita memerlukan api untuk memasak. Tetapi penggunaan api yang kecil boleh merebak menjadi besar jika kita tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan cara yang selamat. Apabila api telah merebak besar dan tidak terkawal, ia boleh menjadi punca terjadinya kebakaran yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan juga kehilangan nyawa. 
KECIL-KECIL JADI KAWAN SUDAH BESAR JADI LAWAN adalah pribahasa yang sangat sesuai menggambarkan tentang bahaya nya api apabila ia telah menjadi besar.
Sebelum api menjadi lawan kita, sebaiknya adik-adik mengetahui bagaimana cara-cara mencegah dari terjadinya kebakaran.
- Jangan bermain dengan mancis atau pemetik api.
- Jangan nyalakan api dapur jika adik-adik tidak tahu bagaimana untuk menggunakan dapur dengan selamat.
- Jangan biarkan lilin menyala ketika hendak tidur.
- Sekiranya adik-adik tidak tahu bagaimana menggunakan sesuatu peralatan elektrik, pastikan palam peralatan elektrik di tanggalkan daripada soket.
- Jika adik-adik ternampak akan kebakaran di rumah jiran maka segeralah beritahu kejadian itu kepada mana-mana orang dewasa yang berdekatan supaya dia dapat menelefon pasukan bomba dengan segera.

Bagaimana pula cara menyelamatkan diri dari kebakaran?
- Jika kebakaran berlaku di rumah, jangan panik. Bertenanglah dan keluar dengan segera.
- Jika ada asap di rumah, cepat-cepat merangkak dan terus keluar dari rumah. Semasa kebakaran, tempat yang paling selamat untuk menarik nafas ialah di lantai di mana terdapat udara lebih sejuk dan bersih, jadi ingat, merangkak keluar dengan segera di dalam asap.
- Pastikan pintu-pintu tidak panas sebelum membukanya. Gunakan belakang tangan untuk memastikan samada pintu panas atau tidak, kemudian merangkak keluar. Jika boleh, tutup semua pintu sesudah keluar. Jika pintu panas, gunakan jalan keluar lain.
- Jika pakaian di badan terbakar, berhenti, rebahkan badan dan bergolek untuk memadam api.
- Jangan masuk semula ke rumah setelah berada di luar walau apa pun terjadi. Jika adik tahu nombor telefon bomba, telefon bomba dari rumah jiran, telefon awam atau telefon bimbit dan tunggu sehingga mereka tiba. 

Adik-adik,
Dalam kehidupan kita, pastilah kita tidak mahu terjadinya perkara-perkara yang tidak di ingini contohnya kebakaran dan sebagainya. Malang tidak berbau. Oleh itu, kita harus sentiasa berhati-hati dan berdoa meminta agar Allah memelihara kita dan ahli keluarga kita dari segala bahaya. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemelihara, Al Muhaimin.